LIMA DITAHAN, SINDIKET PINDAH MINYAK SAWIT DIGEMPUR

PADAH: Lima lelaki disyaki terbabit dalam aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah ditahan pihak berkuasa.

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima individu selepas dikesan terbabit dalam aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah di perairan daerah ini, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, kejadian dikesan kira-kira jam 2 pagi ketika bot peronda menjalankan rondaan rutin.

“Hasil maklumat awam membawa kepada pengesanan sebuah barge dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.10 batu nautika selatan Bandar Leila.

“Pemeriksaan lanjut mendapati aktiviti pemindahan minyak sawit mentah sedang dilakukan ke sebuah bot kargo kecil menggunakan pam kargo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaik bot peronda menghampiri lokasi kejadian, beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh anggota penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah telah dipindahkan ke bot kargo kecil, manakala baki dianggarkan tiga tan masih berada di dalam barge.

“Lima lelaki berusia antara 29 hingga 48 tahun termasuk seorang warganegara Filipina telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

MINYAK: Aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah berjaya dikesan dan ditumpaskan pihak berkuasa.

Menurutnya, kesemua individu terbabit terdiri daripada kru barge dan awak-awak bot kargo kecil.

“Dua vesel bersama muatan dianggarkan bernilai RM2.08 juta telah diiring masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Suhairy berkata, Maritim Malaysia menegaskan akan terus memperketatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara.

“Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan ke Pusat Operasi Maritim Sandakan atau talian kecemasan 999,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …