KERAJAAN PERTIMBANG TAMBAH PEMBERIAN KHAS SABAH

SUMBANGAN: Mustapha (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji Parlimen Sepanggar.

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan amaun pemberian khas kepada Sabah dalam Bajet 2027 yang akan dibentangkan Oktober depan, sementara menunggu proses rundingan tuntutan 40 peratus hasil Sabah diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pertimbangan itu bagaimanapun bergantung kepada kedudukan ekonomi negara pada ketika itu.

“Jika keadaan ekonomi mengizinkan, saya fikir tidak ada masalah untuk menambah Pemberian Khas kepada Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Sepanggar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar di sini, hari ini.

Mengulas isu yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini, Mustapha berkata kerajaan Persekutuan mengambil maklum dan meneliti perkara berkenaan.

Menurutnya, beliau sendiri telah berbincang dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan isu tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan dari Sabah yang hangat dibincangkan di DUN.

“Kita juga membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas dan Kabinet akan membuat keputusan berhubung perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang membahaskan isu berkenaan.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak Tabung Haji serta kedutaan, susulan situasi keselamatan di Timur Tengah yang tidak menentu.

Beliau berkata, seramai 55 jemaah haji dari Parlimen Sepanggar akan berlepas ke Tanah Suci pada 11 Mei ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …