DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sekitar Alma, Bukit Mertajam, Penanti dan Kubang Semang melibatkan 9 orang Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 101 premis.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, Pemeriksaan dibawah Akta Pelindungan Pengguna, Rondaan Bermotor, Pemeriksaan Halal, Siasatan Aduan oleh pengguna serta pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



