DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

KPDN Cawangan Seberang Perai Utara telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sekitar Tasek Gelugor melibatkan 3 Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 33 premis. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, di samping pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.
KPDN Cawangan Seberang Perai Utara akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi hak pengguna daripada sebarang penyelewengan di pasaran.
Bagi tindakan yang lebih pantas, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran berikut:
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



