UPACARA MENEPUNG TAWAR PESAWAT F-5 DAN PERASMIAN SKUADERAN KEDUA BELAS TENTERA UDARA DI RAJA MALAYSIA

Pada 31 Mei (Sabtu) dalam tahun 1975, Upacara Menepung Tawar Pesawat F-5 dan Majlis Perasmian Skuaderan Kedua Belas Tentera Udara Diraja Malaysia disempurnakan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri di Butterworth, Pulau Pinang. Skuadron yang dibarisi oleh para juruterbang berkemahiran tinggi ini akan menggunakan pesawat F-5 dalam operasi yang mereka jalankan. Pembelian pesawat dan penubuhan skuadron ini adalah lanjutan daripada “Projek F-5” yang dimulakan oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Jun 1972. Kehadiran pesawat ini membuktikan bahawa TUDM kini telah mula memasuki zaman baharu, iaitu zaman  supersonic yang memerlukan kemahiran pengendalian pesawat yang tinggi.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …