HARGA DIESEL TURUN 85 SEN, RON95 TURUN 15 SEN

Harga runcit RON95 juga dilaporkan turun sebanyak 15 sen iaitu ditawarkan pada kadar RM3.87 seliter berbanding RM4.02. Foto hiasan

Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 23 hingga 29 April menurun sebanyak 85 sen iaitu RM5.12 seliter berbanding RM5.97 seliter sebelum ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 tanpa subsidi turut turun 25 sen iaitu pada kadar RM4.85 seliter berbanding RM5.10 seliter.

Harga runcit RON95 juga dilaporkan turun sebanyak 15 sen iaitu ditawarkan pada kadar RM3.87 seliter berbanding RM4.02.

“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

“Penurunan harga minggu ini adalah berdasarkan formula APM yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

“Walaupun terdapat pelarasan, harga petroleum kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

MOF menjelaskan, kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan dan mengambil langkah terbaik.

Ia bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan.

“Walaupun harga minyak global menunjukkan tanda penyusutan, ketidaktentuan pasaran tenaga masih berterusan dan pemulihan bekalan tidak berlaku serta-merta.

“Gangguan kepada kemudahan pengeluaran di Asia Barat serta rantaian logistik dan penghantaran global memerlukan masa untuk kembali stabil,” jelasnya.

MOF menegaskan, kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga serta memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin

“Dalam tempoh ini, rakyat diseru untuk terus menggunakan bahan api secara berhemah bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara,” ujarnya.

 

Sumber :

https://www.sinarharian.com.my/article/776843/berita/nasional/harga-diesel-turun-85-sen-ron95-turun-15-sen

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …