BUKAN GASTRIK TAPI TANDA “MORNING ANXIETY”

Pernah tak anda bangun pagi,nak bersiap pergi kerja, tiba-tiba rasa loya, perut memulas, dan jantung berdebar-debar tanpa sebab? Ramai yang segera mencapai ubat gastrik atau sapu minyak angin kerana menyangka tersalah makan malam tadi. Hakikatnya,perut anda mungkin sihat, tetapi mental anda yang sedang menjerit meminta tolong.  Dari sudut psikologi dan perubatan,ini adalah manifestasi fizikal akibat tekanan melampau yang dikenali sebagai ‘Morning Anxiety’.

Secara biologinya, pada waktu pagi sekitar jam enam hingga lapan pagi, otak kita secara semula jadi akan melepaskan hormone kortisol yang paling tinggi untuk mengejutkan tubuhdaripada tidur (Cortisol Awakening Response). Namun,bagi individu yang mengalami persekitaran tempat kerja yang toksik,bebanan yang tidak masuk akal,atau mempunyai kos yang menekan, rembesan hormone kortisol ini akan mencanak naik pada tahap yang tidak normal dan bertukar menjadi hormon stress yang meracuni sistem saraf.

Jangan pandang remeh isyarat tubuh anda. Berdebar nak pergi kerja sekali-sekala itu normal, tetapi jika ia berlaku setiap hari sehingga merosakkan fungsi fizikal, itu bermakna persekitaran kerja tersebut sedang membunuh anda secara senyap. Kepada pekerja diluar sana, ambil masa untuk bernafas dalam-dalam setiap pagi. Jika keadaan semakin menekan, jangan malu untuk berjumpa kaunselor atau pakar psikiatri, dan mungkin sudah tiba masanya untuk anda merancang mencari persekitaran kerja yang lebih waras.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …