WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA

Gadek – Isu membabitkan infrastruktur antara 160 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek Datuk VP Shanmugam yakin semua aduan berkenaan dapat diselesaikan oleh agensi dan jabatan berkaitan mengikut tempoh masa yang sudah ditetapkan kerana cuma melibatkan isu kecil sahaja.

“Kita terima aduan setiap hari, namun hanya melibatkan isu-isu kecil seperti jalan berlubang, lampu jalan dan berkaitan infrastruktur sekitar DUN Gadek.

“Saya yakin 80 peratus daripada keseluruhan aduan diterima dapat diselesaikan menjelang penutup WRUR DUN Gadek nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas merasmikan Program Masyarakat Di Hati Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di kediaman pesakit kanser hati, Asenah Baba di Kampung Sri Tanjung, di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim, Setiausaha MPAG Radzyma Mahat serta warga MPAG.

Mengulas lanjut, Shanmugam yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, pihaknya telah mengemukakan semua aduan diterima kepada agensi membabitkan Kerajaan Negeri dan persekutuan bagi tindakan segera.

“Perkembangan tahap penyelesaian setiap aduan akan dipantau, ini selaras saranan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu isu-isu terpencil ini diselesaikan segera,” katanya.
Sumber – Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …