PAYUNG MELAKA SAYANG RAKYAT SEMAKIN DITERIMA RAMAI

Tanjung Bidara – Kehadiran puluhan ribu masyarakat berbilang kaum dalam penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) di seluruh Negeri Melaka memberi satu petanda yang cukup positif kepada kepimpinan pada hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan luar biasa itu menjadi indikator jelas bahawa payung MeSRa yang digagaskan itu dapat diterima setiap lapisan masyarakat di bumi bersejarah ini.

Ujarnya lagi, walaupun dunia berdepan konflik Asia Barat, namun Kerajaan Negeri berpendirian untuk meneruskan tradisi penganjuran rumah terbuka bagi menghargai rakyat Melaka, selain menerapkan semangat berkongsi rezeki.

“Di bawah payung Melaka Sayang Rakyat atau MeSRa ini kita meraikan rakyat Melaka untuk bersama-sama menyambung silaturahim dalam satu majlis rumah terbuka yang kita isikan dengan penuh keharmonian dan persaudaraan kaum.

“Di majlis inilah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain meraikan satu titik persamaan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

Dianggarkan lebih 30,000 masyarakat berbilang kaum hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri itu yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 11.30 malam.

Sebanyak 80 gerai pelbagai juadah makanan disediakan kepada tetamu yang hadir antaranya nasi ayam gepuk, kambing golek, sate, apam balik, lemang, rendang dan bermacam-macam lagi.

Tidak hanya itu, pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, selain turut dibawakan artis dari seberang Datuk Seri Rossa dan Cakra Khan.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …