WARGA EMAS MAUT DIPIJAK GAJAH LIAR

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipijak gajah liar dalam kejadian di Ladang Begahak 2, Jalan Tungku, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 69 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah termasuk patah tulang kaki betis dan tulang rusuk.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya berusia 38 tahun sedang menutup pagar kebun sebelum pulang dari kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, secara tiba-tiba seekor gajah liar muncul sebelum menyerang kedua-dua mangsa.

“Akibat serangan itu, mangsa tidak sempat melarikan diri lalu dipijak haiwan berkenaan, manakala anaknya berjaya menyelamatkan diri.

“Anak mangsa turut menjerit meminta bantuan dan cuba mengalih perhatian gajah itu sebelum ia beredar dari lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selepas keadaan kembali selamat, anak mangsa mendapatkan bapanya sebelum membawanya ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di hospital,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati gajah terbabit adalah gajah tunggal dan bukan bergerak secara berkumpulan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di Balai Polis Tungku atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk terutama di kawasan Tungku supaya sentiasa peka dan berhati-hati dengan kehadiran gajah liar di kawasan masing-masing.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …