9 AIR LANCAR PENERBANGAN SEWA GUIYANG – KOTA KINABALU

SAMBUT: Ketibaan penumpang sulung penerbangan 9 Air, AQ1217 dari Guiyang, China disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mencatat detik bersejarah apabila penerbangan sewa sulung 9 Air, AQ1217 dari Guiyang, China mendarat pada 11 April 2026 jam 5.50 petang.

Ketibaan penerbangan Guiyang-Kota Kinabalu itu sekali gus menandakan permulaan perkhidmatan mingguan baharu yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Guiyang, sebuah pasaran outbound yang sedang berkembang pesat di wilayah barat daya China.

Perkhidmatan berkenaan dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan Sabah dengan menarik lebih ramai pelancong dari China, khususnya dari Guiyang yang mempunyai populasi kelas pertengahan yang semakin meningkat serta minat terhadap destinasi luar negara.

Kota Kinabalu pula terus dipromosikan sebagai destinasi pelancongan pilihan yang menawarkan pengalaman pantai dan pulau, keindahan alam semula jadi serta tarikan ekopelancongan yang unik.

Majlis sambutan ketibaan penerbangan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Tay Shu Lan; Pengarah Jualan 9 Air, Ares Zhou; serta Ketua Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Hassim Duman.

Pembukaan laluan baharu itu dijangka memperkukuh lagi hubungan pelancongan dan ekonomi antara Sabah dan China, selain menyokong usaha meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke negeri ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …