JEMAAH HAJI DIINGAT JAGA KESIHATAN, PATUHI NASIHAT PETUGAS: HAJIJI

SERAH: Ruslan (dua kiri) menyampaikan simbolik serahan Barangan Sahabat Haji TH.

KOTA KINABALU: Jemaah haji diingatkan supaya sentiasa mematuhi nasihat petugas haji, menjaga pemakanan dan tidak memaksa diri melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jemaah perlu segera mendapatkan rawatan di klinik Tabung Haji (TH) sekiranya tidak sihat.

“Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar termasuk perkembangan geopolitik di Asia Barat dan Timur Tengah, jemaah haji dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi segala arahan yang ditetapkan.

“Sekiranya ada masalah atau persoalan, segeralah berhubung dengan TH untuk mendapatkan sebarang maklumat,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam semasa merasmikan Kursus Perdana Haji Musim Haji 1447H/2026M Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat), pada Sabtu.

Hajiji turut mengingatkan jemaah supaya menjaga reputasi baik jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

“Jemaah haji Malaysia dikenali sebagai antara yang paling berdisiplin, tertib dan berakhlak baik.

“Reputasi ini perlu terus dipelihara kerana jemaah bukan sahaja membawa nama baik diri sendiri, malah mewakili Malaysia di umat Islam dari seluruh dunia.

“Sepanjang berada di sana, jemaah perlu sentiasa bersabar berdepan suasana yang berbeza berbanding di tanah air, termasuk keadaan sesak dengan jutaan umat Islam serta cuaca panas dan berdebu,” katanya.

Kursus Perdana Haji (KPH) tersebut disertai 502 bakal jemaah haji dari Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

KPH mempersiapkan bakal jemaah haji dari aspek mental, fizikal dan kefahaman haji menerusi modul praktikal manasik haji seperti tawaf, saie dan melontar jamrah.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …