AWAS! DADAH BERBENTUK GULA-GULA

Sindiket dadah kini semakin licik dengan menyamarkan bahan terlarang dalam bentuk pil berwarna-warni yang menyerupai gula-gula atau kartun bagi mengelirukan orang ramai, khususnya remaja dan pelajar.

Walaupun kelihatan menarik, bahan tersebut boleh mengandungi dadah berbahaya seperti pil Ekstasi, LSD atau Methamphetamine yang mampu merosakkan kesihatan, masa depan dan kehidupan seseorang.

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah menerima makanan atau minuman daripada individu tidak dikenali serta tidak menjadi orang tengah untuk menyimpan atau membawa barangan bagi pihak orang lain.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh disalurkan kepada pihak berkuasa melalui talian 012-208 7222. Kerjasama semua amat penting demi melindungi generasi muda dan keselamatan negara.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …