JPKN DIJENAMA SEMULA, PACU TRANSFORMASI DIGITAL SABAH

PENGHARGAAN: Ernywati menyampaikan cenderahati kepada Hassan sambil disaksikan James Ratib dalam majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh agenda transformasi digital apabila Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) secara rasmi dijenamakan semula sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri bersempena ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, berkata penjenamaan semula itu mencerminkan peranan baharu jabatan berkenaan sebagai peneraju utama transformasi digital kerajaan negeri serta pemangkin pembangunan inovasi teknologi di Sabah.

Beliau berkata, sepanjang lima dekad penubuhannya, jabatan itu menjadi tulang belakang kepada pembangunan sistem dan teknologi maklumat kerajaan negeri bermula daripada era pengkomputeran asas hingga pelaksanaan pelbagai inisiatif digital dalam perkhidmatan awam.

“Usaha berterusan ini telah membantu memperkukuhkan kecekapan pentadbiran kerajaan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong agenda pembangunan negeri,” katanya ketika merasmikan pelancaran penjenamaan semula itu di Kota Kinabalu, semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Hassan Mahali; Pengarah JPKN Sabah, Ernywati Dewi Abas; Ketua Pegawai Eksekutif SabahNet, Kah Yi; serta Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Mohd Lan Muslim.

James berkata, peralihan ke arah ekonomi digital, inovasi teknologi dan masyarakat berasaskan data memerlukan kerajaan memainkan peranan sebagai pemacu utama transformasi digital.

Seiring aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, beliau berkata teknologi digital dan inovasi dikenal pasti sebagai antara enjin utama yang akan mempercepatkan pembangunan negeri merangkumi pelbagai sektor termasuk ekonomi digital, pendidikan, perkhidmatan awam, industri kreatif dan pembangunan masyarakat.

Menurutnya, jabatan itu akan terus memainkan peranan strategik dalam mempercepatkan transformasi digital perkhidmatan kerajaan, memperkukuh ekosistem inovasi negeri, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta menyokong pembangunan ekonomi digital Sabah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu dan warga kerja jabatan yang telah menyumbang komitmen sepanjang lima dekad sehingga berjaya mencapai pelbagai kejayaan dalam pembangunan teknologi maklumat kerajaan negeri.

“Dengan pengalaman dan legasi kukuh selama 50 tahun, saya yakin jabatan ini mampu terus memacu perubahan yang lebih besar demi manfaat rakyat Sabah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KES DISYAKI KENCING TIKUS

Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah di sini ditutup sementara hingga 24 Mei ini bagi semua jenis aktiviti untuk …

HOTLINE TELE-HELLO AADK | 24 JAM BEROPERASI, 7 HARI SEMINGGU

Ada masalah berkaitan dadah? Jangan tunggu lagi. AADK sedia membantu anda! Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan pelbagai saluran aduan dan …

BUDAYA KESELAMATAN DI SEKOLAH PERLU DIPERKASA

Budaya keselamatan serta amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah seluruh negara perlu diperkukuh bagi memastikan institusi pendidikan terus …