SOROK DIESEL TANPA KEBENARAN, LELAKI DITAHAN KPDN

RAMPAS: Rampasan diesel yang disembunyikan tanpa kebenaran.

KUDAT: Tindakan seorang lelaki menyimpan diesel tanpa kebenaran membawa padah apabila stor miliknya diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat dalam Ops Tiris 4.0 di sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Kudat, Nazatul Shima Karim berkata, serbuan dilakukan di sebuah stor di Jalan Airport Kudat menerusi operasi harian penguat kuasa KPDN yang dijalankan bagi membanteras penyelewengan barang kawalan.

“Operasi itu sebahagian daripada tindakan susulan Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (Gempur) yang memberi fokus kepada usaha menangani ketirisan barang kawalan di pasaran.

“Hasil pemeriksaan, pasukan penguat kuasa menemukan kira-kira 400 liter minyak diesel disimpan tanpa kebenaran di dalam dua tong drum biru, dipercayai untuk kegunaan sendiri secara tidak sah,” katanya.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang dipercayai pemilik stor berkenaan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran yang sah,” katanya.

Menurutnya, KPDN akan terus mempergiatkan penguatkuasaan secara berterusan dan lebih agresif, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

“Antara kawasan dikenal pasti termasuk Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Pulau Banggi yang sering dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan serta penyelewengan bahan api.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan atau salah laku peniaga melalui saluran rasmi KPDN,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan menerusi WhatsApp Aduan di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal e-aduan KPDN, talian Call Centre 1-800-886-800, emel aduan@kpdn.gov.my atau aplikasi Ez ADU KPDN.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …