WRUR ASAHAN: BIMBING USAHAWAN KAMPUNG BERKEMBANG

Asahan – Komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu usahawan kecil diperkukuh menerusi kerjasama pelbagai agensi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan untuk berkembang.

Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, menerusi kerjasama itu usahawan kecil khususnya bukan sahaja dapat bimbingan malah turut melayakkan mereka menerima suntikan modal.

“Selain Kerajaan Negeri yang memperuntukkan sejumlah RM300,000 pada tahun lalu untuk membantu 120 pengusaha mikro dan kecil berkelayakan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menawarkan beberapa geran termasuk pinjaman.

“Selain itu Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menawarkan beberapa program latihan keusahawanan dan pendigitalan termasuk pembiayaan bagi memastikan usahawan dapat mengembangkan produk mereka secara meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah Usahawan Negeri Melaka dan Ziarah Kasih Usahawan Negeri Melaka Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, di Selandar, semalam.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Menurut Allex, penganjuran program WRUR juga merupakan platform terbaik dalam membantu usahawan kecil apabila agensi berkaitan dapat turun padang menyantuni mereka.

“Seperti Program Jelajah Usahawan ini agensi yang terlibat secara langsung berada dibawah satu bumbung dan bersedia berkongsi maklumat atau bimbingan yang diperlukan.

“Malah Kerajaan Negeri juga turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa e-dagang dalam kalangan usahawan di luar bandar sekaligus inisiatif ini bakal membuka ruang lebih besar kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian,” katanya.

Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …