WRUR ASAHAN: PBT MELAKA TIDAK AMBIL RINGAN ISU SEMAK-SAMUN TANAH TERBIAR

Asahan – Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengambil berat terhadap aduan masyarakat khususnya membabitkan kawasan terbiar yang dipenuhi semak-samun.

Namun Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil jika masalah itu berlaku di atas tanah rizab kerajaan atau tanah awam.

“Sekiranya, menerima aduan daripada penduduk, kesemua empat PBT sudah pasti akan mengambil tindakan segera untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Gotong-Royong Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Taman Melawati Pondok Batang, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan; Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari.

Rais bagaimanapun memaklumkan, bagi isu semak-samun di tanah terbiar milik persendirian, khususnya di kawasan luar bandar tindakan hanya boleh diambil selepas mengesan pemilik tanah tersebut.

Jelas beliau, aduan tersebut masih boleh disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi mengenal pasti pemilik sebelum tindakan pembersihan boleh dilakukan.

“Tanah persendirian ini memang ada prosedurnya. Kita perlu laporkan kepada PDT untuk mereka kenal pasti pemilik tanah, namun ada yang sering menjadi masalah apabila pemiliknya sudah tiada atau waris tidak menguruskan tanah tersebut,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …