KOTA LAMA DUYONG

Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Kota ini dikenali sebagai Kota Tok Hakim, telah dibina oleh Dato’ Biji Sura (Nik Mohamad bin Hitam) pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920. Ia dijadikan sebagai tempat belajar agama dan mengaji Al-Quran oleh penduduk sekitarnya.

Kota Lama Duyong adalah antara tinggalan sejarah seni bina yang cukup istimewa bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Kaedah pembinaannya cukup unik serta kaya dengan seni ukir yang menarik.

Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya ini dibina di atas tanah berkeluasan lebih kurang 400 meter persegi. Ianya mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang saling bersambungan dengan dapur, bilik mandi, surung, beranda dan titian. Rekabentuknya mirip istana kecil raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan jalinan unsur-unsur pengaruh senibina  asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu.

Bangunan (rumah) ini memperlihatkan gabungan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan Limas Belanda dengan hiasan ukiran sobek di sekeliling beranda. Kota ini tegak dengan sentuhan tukang Melayu Tempatan dan tukang cina dari Singapura.

Menyedari betapa pentingnya monumen ini kepada generasi akan datang, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil inisiatif membina semula kota yang terbiar dan rosak teruk akibat dilanda air deras ketika banjir tahun 1986. Ia mula dibuka untuk tatapan umum sejak 2005 lagi.

Sumber: FB Muzium Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …