Kerajaan tidak percaya kepada staf ke sampai kena “track” lokasi semasa Bekerja Dari Rumah (BDR)? Rimas betul!
Sabar…tunggu sekejap. Mari kita pusing sudut pandang kita.
Sistem pemantauan geolokasi seperti “SPOT-Me” BUKAN bermaksud kerajaan tidak percaya kepada penjawat awam. Ia adalah tanda bahawa apabila kerja dibuat dari rumah, kita tetap perlu ada satu sistem yang jelas supaya amanah itu boleh dipantau, direkod dan DIPERTAHANKAN.
BDR BUKAN CUTI.
BDR juga bukan lesen untuk keberadaan kita jadi samar-samar pada waktu pejabat.
Bila wujudnya rekod masuk berkala dan geolokasi, ia membantu memastikan pegawai benar-benar berada di tempat kerja yang didaftarkan, mudah dihubungi dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.
Dalam perkhidmatan awam, ‘kepercayaan’ di mulut sahaja tidak cukup. Mesti ada BUKTI.
Mesti ada REKOD.
Mesti ada AKAUNTABILITI.
Kenapa ia sangat penting?
Bukan sebab Ketua Jabatan anggap semua orang culas. TETAPI kerana sistem yang baik perlu MELINDUNGI PEGAWAI YANG RAJIN daripada dipandang sama seperti segelintir mereka yang mengambil mudah, contohnya pergi “shopping” atau lepak di kedai kopi sewaktu BDR.
Bila ada rekod yang kemas:
✅ Ketua Jabatan lebih mudah memantau kelancaran operasi;
✅ Lebih mudah untuk mempertahankan pelaksanaan dasar BDR di masa depan;
✅ Memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas atau tertangguh.
Kalau kita mahu BDR terus diyakini sebagai kaedah kerja yang sah, profesional dan berkesan, maka pemantauan seperti ini wajar disokong. Bila melibatkan amanah dan duit cukai rakyat, disiplin bukan satu pilihan. Ia adalah kewajipan.
Terima kasih kepada semua penjawat awam dan pekerja swasta yang terus jujur dan berintegriti walaupun bekerja tanpa pemantauan mata bos di rumah.
Sumber: FB Public Health Malaysia



