BEG SILANG: TREND FESYEN YANG MENGUTAMAKAN KESELAMATAN PENGGUNA

Beg silang kini menjadi antara pilihan aksesori yang semakin popular dalam kalangan masyarakat. Selain tampil bergaya dan praktikal, beg silang juga dilihat sebagai pilihan yang lebih selamat untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Reka bentuknya yang dipakai secara melintang di bahagian badan membolehkan beg sentiasa berada dekat dengan pemakai dan mengurangkan risiko kecurian atau ragut.

Berbeza dengan beg tangan biasa yang hanya digalas pada satu bahu, beg silang memberikan kawalan yang lebih baik kepada pengguna. Apabila beg dipakai merentasi badan, ia lebih sukar untuk ditarik atau diragut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini menjadikan beg silang sebagai pilihan yang lebih selamat terutamanya ketika berada di tempat awam yang sesak seperti pasar, pusat membeli-belah dan terminal pengangkutan awam.

Selain itu, kebanyakkan beg silang moden kini dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan. Antaranya termasuklah penggunaan zip yang kukuh, ruang penyimpanan yang lebih teratur serta bahan yang tahan lasak. Malah, terdapat juga beg silang yang direka dengan tali yang tahan daripada dipotong senjata tajam seperti pisau lipat bagi mengelakkan ia dipotong oleh penjenayah.

Di samping aspek keselamatan, beg silang juga menawarkan keselesaan kepada pengguna. Saiznya yang sederhana memudahkan pengguna membawa barangan penting seperti telefon bimbit, dompet dan dokumen tanpa rasa terbeban. Reka bentuknya yang ringkas juga sesuai digunakan dalam pelbagai situasi sama ada untuk bekerja, berjalan-jalan atau melancong.

Kesimpulannya, beg silang bukan sahaja menjadi trend fesyen masa kini, malah turut menawarkan tahap keselamatan yang lebih baik kepada pengguna. Dengan reka bentuk yang praktikal dan ciri keselamatan yang semakin canggih, beg silang wajar dipertimbangkan sebagai pilihan utama bagi melindungi barangan peribadi ketika berada di tempat awam.

 

Sumber: https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/beg-silang-mudahkan-kembara-elak-kecurian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …