KURANG TIDUR : EMPATI MENIPIS

Pernah tak anda perasan,bila kurang tidur, anda jadi “lain”.  Bukan sebab anda tiba-tiba jahat.  Bukan sebab anda tiba-tiba selfish.  Tapi sebab otak anda sedang kekurangan tenaga untuk jadi sabra.  Bila tidur tak cukup,kita jadi cepat melenting.Ayat biasa pun terasa menyakitkan. Benda kecilpun jadi besar dan yang paling sedih, empati kita jadi menipis. Bukan sebab kita tak peduli tapi sebab otakdalam mode bertahan. Bila letih, otak akan focus pada satu perkara dulu.  Selamatkan diri.Kurangkan beban.Cepatkan semua benda selesai.

Sebab itu bila kurang tidur,kita lebih mudah potong cakap orang, balas pendek dan tajam. Tak ada tenaga untuk dengar cerita panjang. Cepat rasa orang “menyusahkan”. Mudah salah faham niat orang.  Kalau anda sedang kurang tidur,cuba jangan buat keputusan besar masa emosi sedang panas. Buat sesuatu  supaya kita kembali tidur yang cukup. Sebab bila tidur yang cukup, empati pun kembali. Kita jadi lebih lembut,lenih stabil,lebih manusia. Bila anda kurang tidur, anda jadi jenis cepat marah, cepat sedih atau cepat tak peduli.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …