BAHANA MINUM KETUM

Ketum bukan sekadar minuman tradisional yang disalah guna, tetapi satu bahan yang boleh  membawa kepada ketagihan dan kerosakan kesihatan secara berperingkat. Pengambilan secara berterusan boleh menyebabkan kebergantungan serius sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

Antara kesan yang sering berlaku termasuk gangguan emosi, halusinasi, degupan jantung tidak stabil serta risiko kerosakan hati dan buah pinggang.  Dalam jangka masa panjang, individu juga berdepan risiko kemurungan, sawan dan  masalah kesihatan kronik yang lain.

Bukan itu sahaja, penyalahgunaan ketum turut memberi implikasi sosial seperti prestasi kerja atau pelajaran yang merosot, konflik keluarga, masalah kewangan dankecenderungan untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah lain.  Apa yang bermula dengan alasan ‘sekadar cuba’ akhirnya boleh membawa padah yang berpanjangan

Sebagai peringatan Bersama, penggunaan dan pengedaran ketum adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.  Jangan sesekali mempertaruhkan kesihatan, masa depan dan keharmonian keluarga demi keseronokan sementara. Sayangi diri, lindungi keluarga dan jauhi penyalahgunaan bahan terlarang.

 

Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …