SABAH TERIMA DANA EFT RM22.748 JUTA UNTUK PEMULIHARAAN BIODIVERSITI

SERAH: Arthur menyerahkan geran EFT kepada Hajiji semasa pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Sabah menerima dana sebanyak RM22.75 juta daripada kerajaan Persekutuan di bawah inisiatif Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar oleh kerajaan negeri.

Dana itu yang kini berjumlah RM126.36 juta sejak 2019, disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.

“Ini jelas menunjukkan pengiktirafan kerajaan Persekutuan terhadap dasar pemuliharaan alam sekitar kerajaan negeri yang kukuh.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan sokongan berterusan daripada kerajaan Persekutuan,” kata Hajiji.

Turut dibincangkan ialah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan penyelarasan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dengan perundangan Sabah bagi memastikan manfaat ekonomi karbon dapat dioptimumkan oleh kerajaan negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian NRES Datuk Nor Yahati Awang serta pegawai-pegawai kanan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …