MPWS SANTUNI ANAK YATIM, ASNAF DENGAN BERBUKA PUASA BERSAMA

SUMBANGAN: Julita (tengah) diiringi Rosmawati (kanan) ketika menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim semasa majlis berbuka puasa di SICC pada Selasa.

KOTA KINABALU: Seramai 61 anak yatim dan golongan asnaf diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Majlis itu menghimpunkan kanak-kanak daripada beberapa institusi, sekali gus memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan pemimpin masyarakat serta merasai semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki berkata, usaha menyantuni anak yatim dan golongan rentan tidak seharusnya terhad kepada program bermusim sahaja.

“Kita tidak boleh hanya mengingati anak-anak ini pada bulan tertentu sahaja.

“Mereka adalah sebahagian daripada komuniti dan berhak menerima perhatian, sokongan serta peluang yang berterusan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya pada majlis itu.

Menurutnya, Sabah mempunyai pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi membantu golongan rentan, termasuk anak yatim dan mereka yang memerlukan.

“Saya percaya di Sabah, golongan ini tidak dipinggirkan kerana terdapat banyak program yang sedang dilaksanakan untuk membantu mereka,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, masih terdapat ruang untuk memperluaskan lagi program yang memberi manfaat kepada kanak-kanak memerlukan.

“Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, masih ada ruang untuk memperkukuh dan memperluaskan program yang mendekati golongan ini.

“Ia termasuk pelajar di madrasah, supaya mereka terus mendapat bimbingan, sokongan dan galakan,” tambahnya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) Haslina Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …