MANGSA BANJIR DI PPS BEAUFORT MENURUN

PPS: Dewan Dun Banir yang masih menempatkan mangsa banjir di Beaufort.

KOTA KINABALU: Sebanyak 136 keluarga melibatkan seramai 377 mangsa banjir di Beaufort masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN) memaklumkan, jumlah berkenaan merekodkan penurunan dengan sebanyak 93 kampung di daerah itu masih terjejas akibat banjir.

Menurut kenyataan itu, semua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Dun Banir yang dibuka sejak 25 Februari lepas.

Daripada jumlah itu, mangsa lelaki dewasa adalah seramai 107 orang dan wanita 111 orang, manakala kanak-kanak lelaki seramai 81 orang dan kanak-kanak perempuan seramai 78 orang.

Selain PPS berkenaan, satu lagi PPS masih beroperasi yang menempatkan mangsa kebakaran di Semporna melibatkan seramai 59 orang daripada 11 keluarga.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Belia dan Sukan Semporna yang dibuka sejak 27 Februari lepas.

JPBN turut memaklumkan bahawa setakat laporan dikeluarkan, tiada sebarang kes kematian direkodkan akibat bencana banjir di daerah berkenaan.

Pihak berkuasa terus memantau perkembangan situasi di kawasan terjejas selain memastikan bantuan serta keperluan asas disalurkan kepada mangsa yang masih ditempatkan di PPS.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …