1,387 MANGSA BANJIR DI BEAUFORT MASIH BERLINDUNG DI EMPAT PPS

TUTUP: PPS Masjid Darul Ikhlas yang menempatkan 43 mangsa ditutup.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Beaufort menunjukkan penurunan dengan 1,387 mangsa daripada 442 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN) menerusi Sabah State Disaster Command Centre (SDCC) memaklumkan, sebanyak 93 kampung di daerah itu masih terjejas akibat bencana berkenaan.

Menurut kenyataan itu, daerah lain yang sebelum ini terkesan seperti Membakut, Sipitang, Sook dan Tenom telah diisytiharkan pulih selepas keadaan banjir beransur surut dan operasi pemantauan ditamatkan.

Semua mangsa yang terjejas dipindahkan ke PPS yang dibuka secara berperingkat sejak 25 Februari lalu bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara.

Ketika ini, empat PPS masih beroperasi di Beaufort iaitu Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang menempatkan 395 mangsa daripada 121 KIR, Dewan DUN Banir (557 mangsa, 172 KIR), Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya (283 mangsa, 92 KIR) serta Dewan Residensi PR1MA Woodford Estate (152 mangsa, 57 KIR).

Bagaimanapun, PPS Masjid Darul Ikhlas yang sebelum ini menempatkan 43 mangsa daripada 18 KIR telah ditutup hari ini selepas keadaan di kawasan terlibat dilaporkan semakin pulih.

JPBN turut memaklumkan bahawa setakat laporan dikeluarkan, tiada sebarang kes kematian direkodkan akibat bencana banjir di daerah berkenaan.

Pihak berkuasa terus memantau perkembangan situasi di kawasan terjejas selain memastikan bantuan serta keperluan asas disalurkan kepada mangsa yang masih ditempatkan di PPS.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …