TERIMA KASIH ALAM FLORA!

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2020 – Bagi menghargai jasa dan sumbangan petugas barisan hadapan, Alam Flora Sdn. Bhd, sebuah syarikat pengurusan alam sekitar di Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pertubuhan Dai Kuala Lumpur (DAIKL) telah menganjurkan program Khidmat Amal Covid-19 sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti di Wilayah Persekutuan.

YBhg Datuk Rodzi bin Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara berkata “Peranan setiap petugas barisan hadapan khususnya para doktor, jururawat, polis, tentera, sukarelawan, penghantar makanan, petugas pembersihan dan sebagainya perlu disanjung tinggi oleh masyarakat kerana khidmat bakti petugas barisan hadapan yang sanggup bersengkang mata dan mencurahkan tenaga demi memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia sepanjang pandemik Covid-19”, katanya ketika ditemui sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Program Khidmat Amal Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berharap agar masyarakat dapat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya usaha kita untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dalam komuniti kita supaya kebolehjangkitan penularan wabak Covid-19 dapat dikurangkan.

Turut hadir bersama ialah Darwish Osman, Pengurus Besar Operasi Alam Flora Sdn. Bhd, Anwar Mohd Zain, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Azizah Mohamed Said, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur dan Azizi Ab Hamid Al Hafiz, Pengerusi Pertubuhan Dai Kuala Lumpur.

#KitaJagaKita

#KitaMestiMenang

#NormaBaharu

#COVID19

 

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut