Sumbangan ‘Kit Covid’ daripada MKN Perak

13 November 2020 (Jumaat) merupakan hari ke-5 PKPB dilaksanakan di Negeri Perak.  Atas pelaksanaan tersebut, MKN Perak mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan sebanyak 300 ‘Kit Covid’ kepada Ahli Jawatankuasa  Masjid dan jemaah yang hadir di samping memantau pematuhan SOP di masjid terlibat agar sentiasa dipatuhi. Setakat hari ini, Kerajaan Negeri hanya membenarkan seramai 23 orang jemaah sahaja untuk menunaikan Solat Jumaat bagi negeri yang melaksanakan PKPB. Oleh yang demikian,  ‘Kit Covid’ yang mengandungi ‘facemask dan hand sanitizer’ tersebut telah diedarkan kepada jemaah masjid sekitar Ipoh sebelum Solat Jumaat bermula. Antara masjid yang terlibat adalah seperti berikut.

  • Masjid Al-Furqan,Taman Pengkalan Jaya
  • Masjid Kg Kepayang, Ipoh
  • Surau Al Hasanah Kg Seberang Tapah, Manjoi
  • Surau Hawariah, Bt 5 Tambun
  • Masjid Taman Kledang Jaya
  • Masjid Al-Siddiq, Seri Iskandar
  • Pondok Muhabbatul Ummah, Kg Seri Kinta
  • Masjid Al-Ansar, Meru Permai
  • Masjid Hospital, Greentown

#KitaMestiMenang

Artikel/Berita Terkini

PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI MENARA TAMING SARI 2024

BANDA HILIR – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Videografi Menara Taming Sari 2024 dibuka kepada orang …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Apakah perancangan …
Maklumat Lanjut

𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Tangkapan (1) …
Maklumat Lanjut