PROGRAM TREASURE RAMADAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)Β 

Program Treasure Ramadan FAMA Negeri Pulau Pinang di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Program ini menjadi platform menyantuni golongan sasar khususnya asnaf di seluruh negara melalui pengisian rohani serta pelaksanaan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan.

Seramai 5 orang asnaf mendapat bantuan berupa barangan keperluan bagi meringankan beban para asnaf di Bulan Ramadan yang mulia ini selaras dengan tuntutan ajaran Islam.

Program Treasure Ramadan ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkukuh nilai integriti, kebersamaan dan keprihatinan sosial, selaras dengan peranannya sebagai agensi yang bukan sahaja memperkasa pemasaran agromakanan negara, malah sentiasa mendekati dan menyantuni rakyat.

 

Sumber : FAMA Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100068789607106

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …