WALKABOUT PROGRAM IHSAN FOOD BANK

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Pulau Pinang (KPDN) dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), telah melaksanakan Program Ihsan Foodbank / MYSaveFood Ramadan Tahun 2026 di Bazar Ramadan terpilih dan melibatkan ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dengan tempoh pelaksanaan selama 7 hari.

Program ini merupakan satu inisiatif pengurusan lebihan makanan “Food Waste Management” di bazar Ramadan dalam usaha menyelamatkan makanan dan minuman yang tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar. Pada tahun ini, KPDN Pulau Pinang telah bersama dengan lima (5) Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun (IPGKTB), Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Balik Pulau (PBU). Program ini telah bermula daripada 23 Februari 2026 hingga 11 Mac 2026.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPDN dalam menjaga kebajikan pengguna, di samping menyemarakkan semangat Ramadan melalui pelaksanaan program kebajikan dan advokasi kepenggunaan.

 

Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …