ASPEK KESELAMATAN NEGERI DITELITI SECARA MENYELURUH HAJIJI

MESYUARAT: Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil. Pertama bagI tahun 2026 di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, di samping memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negeri dan negara daripada sebarang ancaman.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof; Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor B Sanjos; Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali; Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan; dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …