525 VAPE TIDAK BERDAFTAR DIRAMPAS, NILAI HAMPIR RM14,000

OPERASI: Pasukan KKM dan PGA ketika menjalankan operasi terhadap premis vape di Tawau.

TAWAU: Sebanyak 525 produk peranti tembakau termasuk rokok elektronik (vape) yang tidak berdaftar dirampas dalam Operasi Taring Alpha 3 Tangkapan dan Rampasan yang dijalankan baru-baru ini.

Operasi bersepadu itu membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan Task Force Battalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. Shameer Khan Sulaiman berkata, hasil operasi berkenaan, jumlah rampasan dianggarkan bernilai hampir RM14,000.

Katanya, antara kesalahan dikesan ialah menjual vape yang tidak berdaftar dengan KKM selain pembungkusan dan pelabelan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Kita juga mengesan kesalahan mengiklankan produk peranti tembakau yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

“Semua 525 peranti vape yang dirampas ini bukan barang seludup, namun ia tidak berdaftar dan tidak mematuhi syarat ditetapkan termasuk ada yang tidak melalui proses kemasukan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ops Bazar Ramadan dan Promosi Kesihatan Tibi 2026, di sini, pada Rabu.

DR. SHAMEER

Beliau berkata, tindakan diambil hasil risikan bersama pasukan PGA dan operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini terdapat syarat yang perlu dipatuhi oleh penjual dan pengedar. Produk mesti berdaftar dan mematuhi garis panduan KKM.

“Jika gagal mematuhi garis panduan berkenaan, tindakan tegas akan diambil termasuk rampasan dan pelupusan produk,” katanya.

Menurutnya, kerjasama strategik bersama PGA penting bagi mengekang lambakan produk tidak berdaftar di pasaran sekali gus melindungi kesihatan awam.

“Semua peranti yang dirampas akan melalui proses pelupusan mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …