2,288 PENDUDUK DITEMPATKAN DI PPS SETAKAT PAGI KHAMIS

BANJIR: Keadaan Pekan Tenom yang digenangi bajir. (Gambar perkongsian pembaca)

KOTA KINABALU: Seramai 2,288 penduduk daripada 935 ketua isi rumah direkodkan terjejas akibat bencana banjir di enam daerah di Sabah setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam perkongsian perkembangan harian bencana memaklumkan, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan mangsa terlibat.

Jurucakap JPBN berkata, enam daerah terjejas banjir setakat laporan terkini masing-masing Beaufort, Pitas, Sook, Sipitang, Membakut dan Tenom.

“Terdapat peningkatan berbanding laporan terdahulu, manakala jumlah terkini bagi daerah Tenom masih dalam proses pendaftaran dan semakan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKA) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Statistik harian menunjukkan trend peningkatan jumlah ketua isi rumah dan penduduk terjejas sepanjang tempoh pemantauan sejak awal pagi hingga tengah malam.

“Pada jam 4 pagi, jumlah ketua isi rumah direkodkan sebanyak 882 sebelum meningkat kepada 935 pada jam 8 pagi,” katanya.

BANTU: Pasukan APM memgambil serta menghantar guru dan Kertas Peperiksaaan STPM dari Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Satu Beaufort ke SMK Gadong, Beaufort.

Dalam tempoh sama katanya, jumlah penduduk terjejas turut meningkat kepada 2,288 orang setakat jam 8 pagi.

Bagaimanapun katanya, tiada laporan diterima berkaitan mangsa yang berada di luar PPS atau sebarang pertambahan kes kematian akibat bencana.

PRIHATIN: Pasukan APM membantu mengambil jururawat yang terkandas banjir di Jalan Bypass Beaufort-Menumbok dan dihantar ke Hospital Beaufort.

“Sekretariat JPBN Sabah melalui Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah (SDCC) terus memantau situasi semasa di semua daerah terlibat.

“Orang ramai khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

“Semua agensi keselamatan dan penyelamat kekal bersiap siaga bagi memastikan operasi pemindahan serta kebajikan mangsa di PPS berjalan lancar,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …