DENDA MENANTI PEMILIK ABAI NAJIS HAIWAN PELIHARAAN

Mulai tahun 2026, pemilik yang didapati mengabaikan najis haiwan peliharaan hingga mengganggu orang lain boleh didenda sehingga RM10,000.

Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilihat mampu memperkukuh tanggungjawab sivik serta meningkatkan kebersihan kawasan kejiranan disamping mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam.

Najis haiwan yang dibiarkan bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan, malah mengundang risiko kesihatan dalam kawasan kejiranan.

Perincian Denda & Peraturan:

  • Denda: Sehingga RM10,000 untuk kesalahan di bawah pindaan akta Akta 133, Akta 672, dan Akta 171
  • Khidmat Masyarakat: Paling banyak 12 jam (jika ingkar denda).
  • Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2026.
  • Jenis Kesalahan: Mengabaikan najis anjing, kucing, dan haiwan peliharaan lain di tempat awam, menganggapnya sebagai sampah.

Pemilik haiwan perlu lebih bertanggungjawab untuk membersihkan najis haiwan peliharaan mereka bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Pindaan ini juga dapat mewujudkan kesedaran dalam masyarakat dan seterusnya menyokong hasrat Kerajaan MADANI dalam mewujudkan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

 

 

**Sumber Bulletin Tv3

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …