BANJIR BESAR DI PAITAN JEJASKAN 19 SEKOLAH

Buku-buku teks dan buku bacaan yang musnah selepas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bawang K9 dilanda banjir pada 19 Februari lalu ketika tinjauan semalam. – Gambar BERNAMA

BELURAN: Banjir besar di Paitan dekat sini baru-baru ini turut menjejaskan 19 premis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Bawang K9 yang ditenggelami air sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Berkongsi detik kejadian, pengawal keselamatan sekolah itu Muksin Majambu, 49, berkata hujan lebat bermula pada malam 18 Feb lepas dan berterusan sehingga keesokan hari.

“Pada subuh itu, saya dan kawan mahu bertugas di kawasan sekolah, jadi kami datang awal… hujan tidak berhenti dan kami jangka juga air naik tetapi tidak sangka banjir besar… sepanjang 11 tahun bekerja di sini, pertama kali saya melihat banjir seteruk ini sehingga tenggelam sekolah.

“Melihat air naik… buku, peralatan sekolah dan benda-benda penting kami pindahkan ke tempat tinggi… pada 12 tengah malam itu, air banjir mulai masuk ke bilik guru… waktu itu, hujan masih berterusan dan air mendadak naik,” katanya kepada BERNAMA.

Muksin berkata dia dan rakannya menggunakan bot untuk menyelamatkan dua guru yang terkandas di kuarters sebelum ke kawasan selamat di masjid pada 4 pagi.

Peralatan Klinik Kesihatan Tangkarason rosak selepas klinik itu dimasuki air pada Khamis ketika tinjauan semalam. – Gambar BERNAMA

Sementara itu, Klinik Kesihatan Tangkarason yang beroperasi kira-kira setahun di bangunan baharu selepas premis asal musnah dalam kebakaran pada 2024, sekali lagi diduga apabila baru-baru ini air banjir naik sehingga menghampiri paras bumbung.

Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan dan Klinik Kesihatan Tangkarason Johmen Masandu berkata kerugian yang dialami akibat banjir dua hari lepas dianggarkan lebih RM1 juta.

“… banyak kerosakan dapat dikesan oleh staf kesihatan di sini termasuk tiga kenderaan, perabot, peralatan kesihatan termasuk perubatan iaitu ubat-ubatan serta vaksin, dan kerosakan ini boleh dikatakan kerugian sepenuhnya kerana tidak dapat digunakan semula.

“Klinik ini juga meskipun sudah beroperasi tetapi peralatan kesihatan belum lengkap sepenuhnya kerana masih dalam proses untuk dilengkapi dengan peralatan termasuk sinar X,” katanya kepada BERNAMA selepas meninjau keadaan klinik berkenaan.

Beliau berharap baki pembekalan peralatan untuk klinik itu dipercepat manakala peralatan yang rosak akibat banjir segera diganti.

Johmen juga berkata Klinik Kesihatan Tangkarason akan beroperasi di dewan kampung itu buat sementara bagi pesakit yang ingin mendapatkan bekalan ubat sahaja.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …