SILENT TREATMENT’: SEBAB KENAPA LELAKI LAGI SUKA DIAM BILA MARAH & ADA MASALAH

1. Otak Mereka Tak Dijadikan Untuk ‘Multitasking’

Minda lelaki cenderung fokus pada satu perkara dalam satu masa, jadi mereka diam untuk menumpukan perhatian menyelesaikan punca masalah, bukan bercakap.
2. Perempuan Lebih Pandai Bercakap
Dalam satu hubungan, komunikasi mesti akan lebih memihak kepada perempuan kerana memang sifat perempuan untuk lebih petah bercakap dan bersikap lebih terbuka.
Lelaki kurang petah berbicara soal perasaan berbanding perempuan, menyebabkan mereka lebih selesa diam daripada berkata-kata. Kebanyakan lelaki juga tidak biasa untuk berbahas soal percintaan atau emosi dengan orang lain walaupun dengan pasangannya sendiri.
3.Jalan Selamat Untuk Elakkan Konflik
Mereka sedar berdebat ketika marah hanya akan mengeruhkan keadaan, jadi diam adalah cara untuk ‘mengalah’ dan menenangkan situasi
4. Tak Mahu Burukkan Keadaan
Lelaki sedar kata-kata ketika marah boleh melukakan, jadi mereka memilih diam untuk mengelakkan percakapan yang kesat atau keterlaluan.
5. Refleksi Diri
Diam membolehkan mereka berfikir dengan tenang, menilai situasi, dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ini ialah perkara yang baik kerana dia bukan sekadar dengar tapi dia juga cuba untuk faham.
Hubungan juga boleh jadi lebih baik kalau kita lebih bersikap terbuka untuk cari penyelesaian berbanding mencari salah pada pasangan.
6. ‘Ego Lelaki’
Ego sering menghalang lelaki daripada menunjukkan kelemahan atau mengakui mereka terkesan dengan sesuatu perkara, menjadikan diam sebagai topeng untuk kelihatan kuat.

https://www.facebook.com/hashtag/infokesihatan

https://www.facebook.com/hashtag/psikologilelaki

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …