Penting untuk kita kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan. Makanan yang mencukupi dan bergerak aktif memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan rutin harian kita, membantu kita menumpukan perhatian semasa bekerja dan menyertai aktiviti-aktiviti bulan Ramadan yang istimewa seperti solat tarawih atau menunaikan ibadah Qiyamullail. Walau bagaimana pun, hal ini tidak bermaksud anda perlu melakukan senaman berat di gimnasium atau membakar seribu kalori sehari. Anda perlu mencari keseimbangan antara menunaikan ibadah semasa bulan Ramadan dan memastikan diri anda kekal sihat serta aktif.
Sama ada anda kaki kecergasan yang suka bersenam atau malas bersenam, bulan Ramadan mempengaruhi tenaga dan fungsi badan anda. Jika anda ingin terus bersenam atau mula bersenam semasa bulan puasa, anda perlu melakukan senaman yang betul untuk memastikan anda tidak terlalu penat.
- Lakukan senaman ringan untuk beberapa hari pertama sehingga badan anda sudah terbiasa dengan kadar tenagan baharu anda.
- Jangan mulakan rutin senaman baharu, khususnya yang menggunakan tenaga yang banyak. Elakkan daripada menaikkan tahap kesukaran latihan senaman kebiasaan anda kerana otot anda mungkin tidak cukup kuat untuk melakukannya.
- Jika anda tidak bersenam dan ingin bermula semasa bulan Ramadan, mulakan dengan senaman ringan dan mudah. Keluar berjalan atau bermeditasi.
- Kemerosotan jisim otot boleh berlaku semasa bulan Ramadan. Senaman latihan ketahan seperti cangkung, tekan tubi dan mengangkat berat sederhana boleh membantu dalam mengekalkan jisim otot.
- Melakukan senaman kardio keamatan rendah seperti jalan laju, berenang di kolam renang, menggunakan mesin dayung atau mesin langkah atau senaman lain yang takkan buat anda berpeluh dengan banyak.
- Selangkan hari senaman anda atau tambahkan satu atau dua hari rehat antara sesi.
https://www.instagram.com/p/DVFcH8IkaWl/?igsh=MnNhNDVpZjVvd3Jv
https://www.penerangan.gov.my/



