DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang melalui Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1447H/2026M.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dengan pengisian rohani, di samping memperkukuhkan ukhuwah serta nilai-nilai integriti dan sahsiah dalam kalangan warga PDRM. Inisiatif ini juga selari dengan usaha berterusan PDRM dalam melahirkan warga kerja yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sumber : PDRM Pulau Pinang https://www.facebook.com/PolisPulauPinang



