kajian saintifik mengejutkan telah menemui kehadiran mikroplastik di dalam setiap sampel testis atau buah zakar manusia yang diuji. Ini bermakna kilang penghasilan benih lelaki kini sedang dicemari oleh sisa buatan manusia sendiri. Bagaimana ia boleh sampai ke situ. Plastik yang kita gunakan setiap hari untuk membungkus makanan panas, menyedut air, dan bekas polistirena yang terurai akan masuk ke dalam aliran darah.
Darah ini membawa partikel mikroskopik tersebut terus ke organ penting termasuk testis.
Kesan jangka masa panjang amat membimbangkan:
- Gangguan Kilang Sperma
Kehadiran bendasing fizikal di dalam tubul seminiferus boleh mengganggu proses penghasilan sperma yang normal.
- Ketidakseimbangan Hormon
Plastik mengandungi bahan kimia seperti BPA dan phthalates. Bahan ini dikenali sebagai pengganggu endokrin yang boleh merendahkan paras testosteron lelaki.
- Kualiti Benih Merosot
Kajian menunjukkan kaitan kuat antara pencemaran mikroplastik dengan penurunan jumlah sperma atau sperm count secara global. Benih menjadi sedikit, cacat dan tidak aktif.
Nasihat kami kepada kaum lelaki adalah kurangkan penggunaan bekas plastik untuk makanan panas. Jangan minum air botol plastik yang sudah berhari-hari terperap di dalam kereta yang panas.
Jangan biarkan plastik menjadi punca keturunan anda berakhir.
Sumber : PUBLIC HEALTH MALAYSIA



