Keselamatan anak-anak bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Perhatian dan pemantauan berterusan daripada ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak ketika berada di luar pengawasan, khususnya sepanjang perjalanan pulang dari sekolah.
Ikuti tip keselamatan yang dikongsikan sebagai panduan bersama bagi memastikan anak-anak selamat pulang ke rumah tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
🏫 Semasa di sekolah
Pastikan anak pulang ikut waktu yang ditetapkan, elakkan tunggu terlalu lama tanpa pengawasan.
Ingatkan anak supaya tidak keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran guru.
🚶♂️ Dalam perjalanan pulang
Gunakan laluan yang sama dan selamat setiap hari.
Elakkan jalan sunyi atau gelap, pilih kawasan yang ramai orang.
Jika berjalan atau berbasikal, patuhi peraturan jalan raya dan gunakan topi keledar.
Galakkan anak pulang bersama rakan, bukan bersendirian.
👥 Keselamatan diri
Ajar anak supaya tidak bercakap atau mengikut orang yang tidak dikenali.
Jangan terima hadiah, tumpangan atau pelawaan daripada orang asing.
Infografik Tips Keselamatan Anak Pulang Dari Sekolah

Sumber : PDRM Malaysia



