177 PEGAWAI KPDN TERENGGANU PANTAU HARGA SEPANJANG MUSIM PERAYAAN

Seramai 177 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu digerakkan bagi memantau harga barangan kawalan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat berkata, pemantauan tersebut dilaksanakan sepanjang tempoh 21 hari menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula semalam. Pegawai penguat kuasa ditempatkan di pasar awam, pasar tani dan pasar raya bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP).

Sebanyak 14 jenis barangan telah diwartakan di bawah skim berkenaan di negeri ini, antaranya ikan bawal putih, udang putih besar, bawang putih, bawang kuning besar, sawi pendek dan cili merah.

Beliau berkata, peniaga yang gagal mematuhi peraturan termasuk tidak menggunakan label harga berwarna merah jambu boleh dikenakan tindakan tegas. Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga merah jambu pula, individu boleh didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat sehingga RM20,000. Langkah ini diambil bagi melindungi pengguna daripada sebarang kenaikan harga tidak munasabah sepanjang musim perayaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …