KPDN TERENGGANU PANTAU KETULENAN EMAS DI PREMIS BARANG KEMAS

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan ketulenan logam berharga di tiga buah premis menjual barang kemas sekitar daerah Kuala Terengganu sebagai langkah melindungi kepentingan pengguna, khususnya menjelang musim perayaan.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat berkata, pemeriksaan tersebut dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Negeri Terengganu bagi memastikan peniaga mematuhi piawaian ketulenan logam berharga yang ditetapkan. Hasil pemeriksaan mendapati semua unit simpanan stok (SKU) barang kemas emas 916 yang diperiksa menepati tahap ketulenan seperti yang dilabelkan serta sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini, KPDN Negeri Terengganu tidak merekodkan sebarang aduan berkaitan penipuan ketulenan logam berharga di seluruh negeri, sekali gus mencerminkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan peniaga barang kemas.

Walaupun demikian, KPDN memandang serius sebarang isu berkaitan ketulenan emas dan perak kerana ia melibatkan hak serta kepentingan pengguna. Pemeriksaan ketulenan tersebut dilaksanakan menggunakan peralatan pengujian berteknologi Radas Sinaran X (XRF) bernilai kira-kira RM150,000 yang diperoleh pada tahun 2025.

Peralatan tersebut dikendalikan oleh pegawai terlatih dan diperakui, iaitu Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Pekerja Sinaran (PS), bagi memastikan pemeriksaan dijalankan secara tepat, telus dan berintegriti. Penggunaan teknologi ini juga akan diperluaskan ke seluruh negeri dari semasa ke semasa.

KPDN turut mengingatkan bahawa tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan ketulenan logam berharga di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994 dan Akta Perihal Dagangan 2011, termasuk denda dan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Sumber: Info Bencana Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …