PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan tahanan pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 pada 5 Februari 2026.

Operasi pemindahan ini telah dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu oleh Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil. Pemindahan melibatkan seramai 21 orang tahanan dengan lingkungan umur antara 4 hingga 60 tahun yang terdiri daripada 17 lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan.

Pecahan warganegara melibatkan 12 orang warganegara Myanmar, enam orang warganegara Indonesia, seorang warganegara Pakistan, seorang warganegara Kemboja dan seorang warganegara Vietnam.

Kesemua tahanan telah selesai melalui proses perundangan dan menjalani hukuman masing-masing serta dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan tugas pemindahan tahanan secara teratur, selamat dan berhemah demi menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.

 

Sumber: JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …