BULATAN ATASI KESESAKAN DI PERSIMPANGAN BATU BERENDAM

Kesidang – Cadangan pembinaan bulatan di persimpangan Batu Berendam dilihat mampu mengatasi isu kesesakan lalu lintas di laluan ke Bachang dan Taman Merdeka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang Allex Seah Shoo Chin berkata, persimpangan lampu isyarat itu kerap mengalami kesesakan khususnya pada waktu puncak, menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan.

“Saya sudah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menilai kemungkinan pembinaan bulatan di lokasi berkenaan dan hasil penilaian awal mendapati cadangan itu berpotensi dilaksanakan.

“Persimpangan ini melibatkan empat simpang, namun dua laluan telah dijadikan sehala termasuk jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Berendam.

“Ketika ini, kenderaan yang mahu membelok kiri menuju ke Bachang atau dari Taman Merdeka perlu menunggu lampu isyarat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Allex yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, pembinaan bulatan membolehkan kenderaan dari arah tertentu terus menyusur keluar ke kiri tanpa perlu berhenti lama di lampu isyarat, sekali gus mengurangkan kesesakan khususnya di kawasan SK Batu Berendam.

“Penambahbaikan keselamatan turut dilaksanakan apabila lampu jalan tambahan dipasang di beberapa persimpangan yang sebelum ini gelap.

“Cadangan ini telah dikemukakan kepada JKR dan setakat ini menerima sambutan yang sangat baik dengan ramai pihak memberikan maklum balas positif,” katanya.

Allex berkata pihaknya akan terus membuat susulan dari semasa ke semasa serta menjalankan kajian terperinci bersama JKR supaya cadangan pembinaan Bulatan Batu Berendam dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …