MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM

Banda Hilir – Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah dan belia, termasuk di kawasan luar bandar di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan Food & Drift Festival yang mampu menggamit ratusan ribu pengunjung ke Melaka membuktikan idea anak muda mampu menjadi penggerak utama pembangunan ekonomi dan pelancongan negeri.

Katanya, festival tersebut bukan sekadar sebuah acara sukan dan hiburan, bahkan menjadi platform untuk peniaga tempatan menjana pendapatan, selain turut mengetengahkan bakat dan kreativiti belia.

“Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tourism Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta rakan strategik Choii Motorsport yang berani keluar daripada kebiasaan.

“Keberanian inilah yang membuktikan Melaka bersedia menjadi pelopor kepada penganjuran program berskala besar dan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Food & Drift Festival di Harbour Street Pulau Melaka, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri serta semua agensi penguatkuasa yang telah memastikan festival itu berlangsung dengan lancar dan berdisiplin, selain mematuhi setiap aspek keselamatan.

“Festival ini mencerminkan wajah Melaka yang progresif dan inklusif apabila menghimpunkan pelbagai kaum, latar belakang serta minat, selari dengan semangat Malaysia MADANI,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …