TERPERANGKAP BANJIR, WARGA EMAS DAN OKU DISELAMATKAN BOMBA

OPERASI: Sumsoa menjalankan operasi menyelamatkan warga emas terbabit.

LAHAD DATU: Dua lelaki termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) berjaya diselamatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam dua kejadian berasingan akibat banjir di daerah ini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kejadian pertama membabitkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di kawasan banjir di Kampung Wawasan 2.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.01 petang sebelum menggerakkan seramai 10 anggota bersama jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang lelaki warga emas terperangkap di kawasan yang dinaiki air akibat banjir.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa, berusia 72 tahun berjaya dikeluarkan dengan selamat menggunakan tali penyelamat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 petang dan ditamatkan kira-kira 16 minit kemudian selepas memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kejadian berasingan pada hari sama, Sumsoa berkata, seorang mangsa lumpuh turut berjaya dipindahkan ke tempat selamat selepas terperangkap di dalam rumah akibat banjir di Kampung Indah Jaya.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.45 petang sebelum sepasukan 10 anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.

“Pasukan tiba pada jam 3.50 petang dan mendapati seorang mangsa lumpuh terperangkap di dalam rumah yang dinaiki air.

“Komander Operasi melakukan penilaian awal sebelum mangsa dipindahkan menggunakan pengusung ke rumah ahli keluarga di kawasan selamat,” katanya.

Sumsoa berkata, mangsa diserahkan kepada pihak keluarga selepas dipastikan berada dalam keadaan stabil.

“Operasi berjaya dikawal pada jam 3.55 petang dan ditamatkan sepenuhnya tiga minit kemudian selepas keadaan disahkan selamat,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …