53 PTI DITAHAN DALAM OPS KUTIP DAN OPS SAPU

TAHAN: Antara PTI yang ditahan dalam operasi ini.

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 53 pendatang tanpa izin (PTI) menerusi Ops Kutip dan Ops Sapu yang digerakkan di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran selama dua hari bermula 2 hingga 3 Februari.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan operasi berfokus itu digerakkan Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM dengan kekuatan 61 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Kota Kinabalu bagi memantau lokasi tumpuan warga asing serta penempatan disyaki melanggar undang-undang imigresen.

“Sepanjang operasi dijalankan, pasukan penguat kuasa memeriksa 177 individu bagi tujuan pengesahan dokumen perjalanan dan pas sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati 53 warga asing disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah.

“Daripada jumlah tangkapan, 24 lelaki dan 29 perempuan membabitkan kesemuanya warganegara Filipina,” katanya.

Katanya, kesemua individu yang ditahan dibawa ke depot imigresen bagi tujuan siasatan lanjut serta tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Operasi bersepadu ini digerakkan secara berfasa dengan tumpuan ke kawasan perumahan, premis perniagaan dan lokasi awam yang sering menjadi tempat tumpuan warga asing.

“Pendekatan berterusan diguna pakai bagi memastikan kehadiran warga asing tanpa dokumen dapat dibendung selain memperkukuh kawalan keselamatan negeri.

“JIM Sabah menegaskan komitmen untuk terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengesan dan menahan individu yang melanggar peraturan imigresen,” katanya.

Tambahnya, tindakan tegas ini diharap memberi mesej jelas kepada majikan dan pihak yang melindungi PTI agar mematuhi undang-undang negara.

“Orang ramai juga digalak menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pendatang tanpa izin kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan berjalan lebih berkesan.

“Usaha berterusan itu selari dengan agenda memperkukuh keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara di Sabah,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …