MELAKA PERKASA ‘RAKYAT DIGITAL’ DI KAWASAN LUAR BANDAR

Seri Negeri – Program Rakyat Digital Melaka akan terus diperkasakan dengan tumpuan diberikan kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program itu memberi pendedahan kepada rakyat mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini sedang hebat berkembang di seluruh dunia.

Jelas beliau, pendedahan mengenai teknologi terkini amat penting dalam memastikan tiada jurang di antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini.

“Kita memberi tumpuan kepada masyarakat dan pelajar di kawasan luar bandar kerana jika mereka lewat menerima ilmu mengenai AI atau teknologi lain, mereka akan ketinggalan dalam arus kemodenan.

“Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah menyediakan peruntukan bagi meneruskan program Rakyat Digital ini supaya manfaatnya sampai kepada rakyat di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026 di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berkata, selain Rakyat Digital, Kerajaan Negeri juga akan memperluaskan lagi kemudahan internet atau WiFi percuma di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, kemudahan itu akan ditumpukan di kawasan sekolah rendah agama di bawah Jabatan Agama Islam Melaka, selain lokasi tumpuan pelancongan luar bandar.

“Pada masa sama, kita juga akan menyelesaikan masalah liputan internet di kawasan perkampungan Orang Asli supaya manfaat teknologi terkini dapat dirasai oleh semua,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …