Perubahan landskap ekonomi global yang semakin mencabar menjadikan keselamatan kewangan satu keperluan mutlak bagi golongan individu berprofil tinggi. Golongan ini adalah penggerak ekonomi dan pembuat keputusan yang memerlukan kad kredit premium seperti Black Card dalam urusan pekerjaaan harian. Kad premium bukan sekadar simbol status tetapi juga bertindak sebagai perisai keselamatan peribadi yang melindungi setiap aspek kewangan dan perjalanan pemiliknya.
Perkhidmatan concierge peribadi 24 jam adalah salah satu kelebihan utama kad ini. Perkhidmatan eksklusif tersebut membantu pengurusan logistik perjalanan, membantu semasa kecemasan, mencegah penipuan dan scammer cyber bagi memastikan keselamatan individu dalam setiap situasi kritikal. Justeru itu, Pengguna boleh bergerak dengan yakin tanpa perlu bimbang berkenaan risiko keselamatan mereka.
Kad premium juga menyediakan perlindungan insurans perjalanan dan pembelian yang menyeluruh. Risiko kelewatan perjalanan, kemalangan dan penipuan transaksi dilindungi sepenuhnya bagi menjamin keselamatan kewangan dan aset peribadi pengguna di dalam dan luar negara. Setiap transaksi yang dibuat akan melalui tapisan keselamatan tambahan untuk melindungi pengguna.
Keselamatan fizikal pengguna juga turut terjamin semasa melakukan perjalanan ke luar negara. Akses eksklusif ke lounge lapangan terbang, keutamaan daftar masuk dan persekitaran perjalanan terkawal mengurangkan pendedahan kepada kawasan awam yang sesak dengan tahap privasi dan keselesaan yang terjamin.
Di Malaysia, penawaran kad kredit premium oleh institusi kewangan terkemuka seperti Maybank mencerminkan standard keselamatan, tadbir urus dan kawalan risiko tertinggi. Kadar had perbelanjaan fleksibel dan sokongan kewangan pantas menjadikan kad kredit premium berfungsi sebagai perisai menyeluruh untuk melindungi golongan elit di dalam menghadapi cabaran global disamping dapat mengekalkan ketenangan fikiran dan keselamatan peribadi.
Sumber: MAYBANK OFFICIAL PAGE
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/credit_cards_listing.page



