AIR KETUM DIRAMPAS, LELAKI DICEKUP DI KOTA BELUD

KOTA BELUD: Aktiviti memproses dan menyimpan air rebusan daun ketum terbongkar apabila seorang lelaki ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Keguraan, di sini, semalam.

Dalam operasi hasil maklumat Hotline NCID itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud telah merampas 38 botol air ketum.

Rampasan itu melibatkan anggaran isipadu 57 liter, selain beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan puluhan botol air ketum serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses minuman berkenaan.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke BSJND IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebanyak 38 botol berisi air ketum dirampas dalam serbuan di Kampung Keguraan, Kota Belud.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sumber bekalan serta kemungkinan penglibatan individu lain.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiat penguatkuasaan dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan serta pengedaran bahan terlarang demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …